Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perkhidmatan Risikan Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan selepas satu objek dilempar ke arah konvoi kereta Presiden Donald Trump dalam perjalanan ke pusat peranginan miliknya, dekat sini.
Ketika kenderaan bergerak, satu objek dilemparkan ke arah konvoi Trump yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang West Palm Beach menuju kediamannya di Mar-a-Lago, semalam.
"Perkhidmatan Risikan mengesahkan objek itu dilempar ke arah konvoi petang tadi. Kami sedang menyiasat dan tiada butiran lanjut," kata seorang pegawai dalam satu kenyataan.
Konvoi Trump kebiasaannya disambut dengan sapaan mesra dan kutukan. Di Palm Beach, Trump menerima sambutan positif dengan orang ramai beratur sepanjang laluan dengan membawa sepanduk bertulis `Selamat Kembali." - AFP
18 Februari 2017 - 10:32
News ID: 812460
Perkhidmatan Risikan Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan selepas satu objek dilempar ke arah konvoi kereta Presiden Donald Trump dalam perjalanan ke pusat peranginan miliknya, dekat sini.